No KWSP Tak Ingat, Apa Perlu Buat?

Manusia sering melupakan perkara penting dalam kehidupan seharian.

Tidak mengingati nombor KWSP juga adalah lumrah dan sering berlaku lebih-lebih lagi kita tidak menggunakan nombor tersebut setiap hari.

Jadi, jika No KWSP tak ingat, apa perlu buat? Bagi Anda yang tidak ingat atau lupa nombor KWSP, di kesempatan ini kami akan cuba kongsikan cara untuk menyemaknya.

No KWSP tak ingat apa perlu buat

No KWSP Tak Ingat?

Jika Anda terlupa nombor KWSP Anda, pertama sekali, jangan panik. Jika Anda hanya ingin mendaftar i-Lestari atau memohon i-Sinar, tidak perlu panik.

Sekurang-kurangnya kini terdapat tiga cara Anda boleh menyemak nombor KWSP Anda sekiranya Anda terlupa, iaitu menyemak dengan KWSP CMC (EPF CMC), menyemak nombor KWSP di Kiosk dan secara online melalui i-Akaun.

A. No KWSP Tak Ingat?, Cek dengan EPF CMC

Berikut adalah langkah-langkah untuk menyemak KWSP menggunakan kad pengenalan (IC):

  1. Pertama sekali, sila Anda hubungi Pusat Pengurusan Pelanggan KWSP (juga dipanggil EPF CMC) di talian 03-89226000.
  2. Selalunya, panggilan akan diangkat dalam beberapa saat.
  3. Sila Anda beritahu bahawa Anda mahu semak nombor KWSP Anda.
  4. Seterusnya, pihak EPF CMC akan bertanya Nombor Kad Pengenalan untuk pengesahan.
  5. Setelah itu, mereka juga akan bertanyakan Nama Penuh Anda.
  6. Akhir sekali, jika semuanya sahih, mereka akan memberikan nombor KWSP Anda.
  7. Selesai.

B. No KWSP Tak Ingat?, Cek Nombor KWSP di Kiosk

Sekiranya rumah Anda berdekatan dengan cawangan KWSP, Anda masih boleh menggunakan kiosk KWSP di lokasi tersebut. Berikut adalah langkah-langkahnya:

  1. Sila Andaa sentuh skrin di kiosk dan buat pilihan bahasa samada Bahasa Melayu atau English.
  2. Setelah itu, sistem akan meminta Anda untuk meletakkan IC di tempat yang disediakan pada bahagian sebelah kiri.
  3. Kemudian, letakkan ibu jari kanan Anda pada ruangan yang disediakan.
  4. Seterusnya, Anda diberikan pilihan untuk memilih perkhidmatan sama ada mahu mengaktifkan i-Akaun KWSP atau mahu Mencetak Penyata.
  5. Oleh kerana tujuan Anda adalah untuk check no KWSP sebab tak ingat, sila Anda pilih Cetak Penyata.
  6. Seterusnya, mesin akan mencetak penyata Anda dan akan keluar pada ruangan yang tersedia.
  7. Sila Anda lihat dan semak nombor KWSP yang terpapar pada kertas yang dicetak.
  8. Seterusnya, sila ambil semula Kad Pengenalan Anda.
  9. Selesai.

C. No KWSP Tak Ingat?, Semak No KWSP Secara Online Melalui i-Akaun

Anda juga boleh menggunakan i-Akaun untuk menyemak nombor KWSP Anda jika Anda terlupa. Namun, untuk dapat menggunakan perkhidmatan i-Akaun, Anda perlu mendaftar i-Akaun terlebih dahulu, sama ada secara online atau dengan mendaftar i-Akaun KWSP menggunakan kiosk.

Laman Web Rasmi KWSP (Login)
Laman Web Rasmi KWSP (Login)

Dan berikut adalah langkah-langkah untuk menyemak nombor KWSP menggunakan perkhidmatan i-Akaun KWSP:

  1. Pertama sekali, sila Anda layari laman web rasmi i-Akaun KWSP di https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login
  2. Lalu, Anda pilih bahsa samada Bahasa Melayu atau English.
  3. Kemudian, masukkan ID Pengguna.
  4. Setelah itu, tekan butang Teruskan.
  5. Sila isikan Kata Laluan Anda.
  6. Kemudain, tekan butang Log Masuk.
  7. Sekiranya tidak ada apa-apa masalah, maka Anda akan masuk ke dalam sistem i-Akaun.
  8. Kemudian, sila Anda klik menu Profil di bahagian atas.
  9. Lalu, lihat dan sahkan Nama Ahli.
  10. Seterusnya, sila Anda lihat No KWSP seperti yang terpapar.

Nota:

    • Kami mengesyorkan Anda menyimpan nombor KWSP dalam Nota pada telefon Anda. Jadi ia akan menjadi lebih mudah untuk mencari apabila Anda terlupa.
    • Walaupun terlupa nombor KWSP bukanlah satu masalah besar, ia akan melengahkan urusan penting lain.

Baca juga: Cara check KWSP balance online.

Jadi, itu adalah beberapa maklumat yang boleh kami kongsikan jika No KWSP tak ingat.