Anda perlu tahu, RHB Bank menawarkan perkhidmatan pinjaman kepada pelanggan yang berminat untuk membeli aset seperti kereta, motor dan lain-lain dengan membayar ansuran pinjaman secara ansuran setiap bulan.
Bagi Anda pelanggan RHB Bank yang sudah mempunyai pinjaman di RHB Bank, di sini kami ingin kongsikan cara untuk semak baki pinjaman RHB Bank mudah dan tepat.
Pelanggan RHB Bank yang ingin membuat semakan secara dalam talian (secara online) boleh mendaftar dan menyemak melalui aplikasi RHB Now atau melalui e-mel.
Selain itu, anda juga boleh menyemaknya secara offline di pejabat atau kaunter RHB Bank yang berhampiran.
Sila ikuti langkah-langkah di bawah untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang cara semak baki pinjaman RHB Bank.
Semak Baki Pinjaman RHB Bank
Terdapat tiga cara yang boleh Anda gunakan untuk semak baki pinjaman RHB Bank Anda iaitu secara online melalui aplikasi RHB Now, melalui e-mel dan di kaunter RHB Bank.
A. Semak Baki Pinjaman RHB Bank Melalui Aplikasi RHB Now
RHB Bank telah melancarkan perkhidmatan Perbankan Internet (Internet Banking) melalui aplikasi RHB Now bagi memudahkan pelanggannya ketika membuat transaksi kewangan.
Anda juga boleh klik pautan ini, jika Anda ingin tahu cara daftar akaun RHB online banking.
Berikut adalah langkah-langkah untuk semak baki pinjaman RHB Bank melalui aplikasi RHB NOW.
- Pertama sekali, sila muat turun (download) dan dapatkan aplikasi RHB Now di telefon pintar Anda.
- Kemudian, sila Anda pilih pada pautan iOS atau Android.
- Lalu, buka aplikasi RHB Now ditelefon pintar Anda.
- Pada halaman utama, Anda klik pada butang Account.
- Setelah itu, setiap akaun yang anda miliki di bawah RHB bank akan tersenarai.
- Sila Anda klik pada Loans untuk megetahui dengan lebih lanjut maklumat baki pinjaman Anda.
- Selesai.
Baca juga : Cara daftar RHB Bank online.
B. Semak Baki Pinjaman RHB Bank Melalui Emel
Anda juga boleh menghubungi RHB Bank melalui e-mel untuk mengetahui lebih lanjut tentang baki pinjaman Anda di RHB Bank.
Berikut adalah butiran untuk menghubungi RHB Bank melalui e-mel, nombor telefon dan media sosial RHB Bank:
- Email : [email protected]
- No Telefon : 03-92068118
- Facebook : https://www.facebook.com/RHBGroup
- Twitter : https://twitter.com/RHBGroup
Baca juga : Cara semak baki akaun RHB Bank.
C. Semak Baki Pinjaman RHB Bank di Kaunter RHB Bank
Bagi Anda pelanggan Bank RHB yang tidak mempunyai akaun RHB Now untuk membuat semakan secara online, Anda juga boleh membuat semakan secara offline di kaunter bank RHB.
- Pertama sekali, sila Anda pergi ke kaunter RHB bank berhampiran Anda.
- Kemudian, ambil nombor giliran.
- Setelah itu, paparkan kad pengenalan Anda.
- Seterusnya, penjawat di kaunter akan bantu untuk check baki dengan terperinci.
- Anda juga boleh membuat pembayaran terus di kaunter RHB Bank.
- Selesai.
Baca juga : Pinjaman peribadi RHB.
Buat Bayaran Pinjaman RHB Secara Online
Dengan menggunakan aplikasi RHB Now, pelanggan RHB Bank bukan sahaja boleh semak baki pinjaman RHB Bank secara online, pelanggan juga boleh membuat pembayaran secara dalam talian (secara online) menggunakan aplikasi tersebut.
- Pertama sekali, Anda muat turun dan dapatkan aplikasi RHB Now di telefon pintar Anda.
- Lalu pilih pada pautan iOS atau Android.
- Kemudian, buka aplikasi RHB Now ditelefon pintar Anda.
- Pada halaman utama, sila Anda klik pada butang Menu.
- Lalu pilih pada option Pay.
- Seterusnya, sila Adna klik pada butang Make New Payment.
- Pada halaman seterusnya memerlukan Anda untuk memilih pembayaran ke jenis akaun yang Anda mahu.
- Kemudian, klik pada butang pilihan Bills.
- Seterusnya, sila isikan maklumat peribadi yang diperlukan.
- Setelah selesai, Anda klik pada butang Next.
- Kemudian, Anda akan diminta untuk menyemak semua maklumat yang diisi sebelum klik Pay.
- Setelah itu, sebagai langkah keselamatan, kod TAC akan dihantar melalui SMS.
- Sila isikan nombor TAC di ruangan tersedia dan tekan butang Submit.
- Seterusnya, Anda akan menerima SMS menyatakan pembayaran Anda telah berjaya.
- Selesai.
Baca juga : Semakan baki pinjaman PTPK online.
Maklumat Lanjut untuk Semak Baki Pinjaman RHB Bank
Anda boleh menghubungi Khidmat Pelanggan RHB Bank (Customer Service RHB Bank) di 03 9206 8118 atau klik di https://www.rhbgroup.com/others/contact-us/index.html, jika kaedah semakan baki pinjaman bank RHB Anda gagal.
Itulah beberapa maklumat tentang cara semak baki pinjaman RHB Bank yang boleh kami kongsikan dengan Anda.