Pembayaran Bantuan Khas Covid-19 (BKC) yang diumumkan kerajaan melalui Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih), jika mengikut perancangan awal, juga akan dibayar pada Ogos 2021.
Dalam artikel ini, izinkan kami berkongsi apa yang kami ketahui tentang tarikh pembayaran BKC 2021 ini.
Tarikh Pembayaran BKC 2021
Di bawah, kami berkongsi beberapa maklumat mengenai tarikh pembayaran BKC 2021.
A. Tarikh Pembayaran BKC Akan Dikreditkan
Berdasarkan maklumat yang kami dapat daripada laman web rasmi BPR dan soalan dan jawapan BKC, berikut adalah tarikh pembayaran BKC yang dijanjikan:
Golongan Miskin Tegar |
|
Golongan B40 |
|
Golongan M40 |
|
Bagaimanapun, tarikh untuk BKC Fasa 2 dan Fasa 3 masih belum diumumkan. LHDN akan memaklumkan perkara ini kepada Anda dari masa ke semasa.
Baca juga: BKC Bujang.
B. Masa Menunggu Pembayaran BKC Masuk ke Akaun
Memandangkan tarikh pembayaran Bantuan Khas COVID belum tersedia, kami tidak boleh membuat spekulasi.
Walau bagaimanapun, ia pada dasarnya akan melalui proses ini:
- Proses pertama, pihak LHDN perlu memasukkan duit ke bank terlebih dahulu seperti Maybank, CIMB, BSN dan lain-lain lagi.
- Proses kedua, bank-bank tadi akan memasukkan duit tersebut ke dalam akaun penerima.
- Kebiasaannya, ia akan mengambil masa 1-5 hari.
Di bawah ialah contoh proses pemindahan bayaran BKC:
- Katakan penerima adalah Anto.
- Anto ada akaun Maybank.
- Pihak LHDN akan transfer duit kesemua penerima BKC yang menggunakan Maybank pada 30 Ogos 2021.
- Pihak Maybank terima pada hari yang sama.
- Pada keesokan harinya iaitu 1 September 2021, pihak Maybank transfer duit i-Sinar ke akaun bank Anto.
- Anto dan kesemua penerima BKC yang menerima pembayaran melalui Maybank akan mendapat bayaran.
- Tempoh masa menunggu secara keseluruhannya adalah 2 hari sahaja.
Sila ambil perhatian bahawa perkara di atas hanyalah satu contoh. Proses sebenar mungkin mengambil masa yang lebih lama atau mungkin lebih cepat bergantung pada masa pemprosesan antara LHDN dan bank.
Nota: Sila Anda buat semakan BKC terlebih dahulu untuk mengelakkan kekecewaaan melalui https://bkc.hasil.gov.my.
C. Bank Penerima Bayaran BKC
Perlu diingatkan bahawa LHDN tidak akan menyediakan wang tunai untuk tujuan pembayaran BKC. Selepas Anda menyemak pembayaran BKC dan mengesahkan bahawa status kelulusan Anda Lulus, wang bantuan ini akan dimasukkan terus ke dalam akaun bank pilihan Anda mengikut tarikh pembayaran BKC yang ditetapkan.
Di bawah ialah senarai bank yang berdaftar:
- Affin Bank Berhad
- Agrobank
- Al Rajhi Bank (M) Berhad
- Alliance Bank
- Ambank (M) Berhad
- Bank Muamalat (M) Berhad
- Bank Rakyat
- Bank Islam (M) Berhad
- BSN
- CIMB Bank Berhad
- Citibank Berhad
- HSBC Bank (M) Berhad
- Hong Leong Bank
- Kuwait Finance House
- Maybank
- OCBC Bank (M) Bhd
- Public Bank Bhd
- RHB Bank BHd
- Standard Chartered
- UOB (M) Bhd
Baca juga: Semakan BKC.
D. Cara Bantuan BKC Dibayar Mengikut Kategori
Memandangkan tidak ada fungsi kemaskini untuk Bantuan Khas COVID ini, penerima akan menerima bantuan BKC dalam bentuk wang tunai dengan cara pengkreditan seperti berikut:
Golongan Miskin Tegar |
|
Golongan B40 |
|
Golongan M40 |
|
Maklumat Lanjut Dan Pertanyaan Tentang Bayaran BKC
Memandangkan tiada laman web rasmi khusus untuk BKC, kami mengandaikan bahawa semua soalan boleh dikemukakan kepada Talian Bantuan BPR di talian 1800 88 2747.
Dalam artikel ini, kita telah membincangkan tarikh pembayaran Bantuan Khas COVID-19 (BKC) bagi tahun 2021 di Malaysia. BKC merupakan bantuan kewangan yang diberikan oleh Kerajaan Malaysia untuk membantu rakyat yang terkesan dengan kesan pandemik COVID-19. Tarikh pembayaran BKC bagi tahun 2021 telah ditetapkan oleh pihak Kerajaan dan dapat disemak secara dalam talian melalui portal rasmi.
Oleh itu, bagi mereka yang layak menerima bantuan ini, disyorkan untuk menyemak tarikh pembayaran BKC yang telah ditetapkan dan memastikan maklumat akaun bank mereka adalah tepat agar proses pembayaran berjalan lancar. Semoga bantuan ini dapat memberikan bantuan kewangan yang besar kepada mereka yang memerlukannya dalam usaha melawan pandemik ini.