Di kesempatan ini, kami ingin menjelaskan bahawa cara mohon BPR atau Bantuan Prihatin Rakyat secara online di portal MyBPR hanya untuk mereka yang tidak pernah menerima BSH, BPN, BPN 2.0 dan tidak pernah membayar cukai pendapatan di LHDN.
Sila baca artikel ini untuk mengetahui cara mohon BPR (Bantuan Prihatin Rakyat).
Permohonan BPR Secara Ringkas
Secara ringkasnya, mengenai permohonan BPR (Bantuan Prihatin Rakyat) Malaysia 2021 adalah seperti berikut:
- Sekiranya Anda B40, iaitu penerima BSH, BPN dan BPN 2.0 sebelum ini, Anda tidak perlu mohon. Hanya perlu login BPR rujuk cara kemaskini BPR 2021. Seterusnya, tunggu sahaja pengumuman untuk buat semakan BPR secara online.
- Sekiranya Anda bukan penerima BSH, BPN dan BPN 2.0, tetapi berada dalam golongan M40 yang membayar cukai pendapatan di LHDN dan menepati kriteria kelayakan, juga tidak perlu mohon kerana sudah ada rekod sebagai pembayar cukai di LHDN.
- Akan tetapi, jika Anda tidak termasuk dalam dua golongan di atas dan Anda rasa diri Anda perlu diberikan bantuan kerana tidak tergolong dalam golongan M40 mahupun T20, serta Anda tidak pernah memohon bantuan BSH ataupun membayar cukai, sila buat permohonan baru yang tarikhnya akan diumumkan nanti.
Nota: Sila ambil perhatian bahawa semakan pengesahan data akan dijalankan dan bantuan adil akan diberikan kepada mereka yang layak untuk memohon BPR Hasil tahun 2021.
Baca juga: Semakan Bayaran BPR.
Cara Mohon BPR 2021 (Bantuan Prihatin Rakyat)
Jika Anda telah membaca kriteria di atas dan Anda tidak pernah memohon sebarang bantuan sebelum ini, sila daftar sekarang dan ikuti panduan cara mohon BPR 2021 ini.
A. Permohonan Baru Bantuan Prihatin Rakyat
Untuk mengemukakan permohonan baru bantuan prihatin rakyat, pastikan proses permohonan BPR Anda berjaya dahulu. Selepas itu, sila ikuti langkah-langkah untuk cara mohon BPR seperti di bawah:
- Sila Anda layar laman web rasmi BPR di https://bpr.hasil.gov.my.
- Untuk direct link Permohonan Baru, Anda boleh terus klik https://bpr.hasil.gov.my/PermohonanBPR.aspx.
- Permohonan BPR ini terbahagi kepada 3 bahagian yang boleh dilihat di bahagian atas laman iaitu:
• Permohonan
• Pengesahan
• Hantar - Pertama, Kita mulakan dengan bahagian Permohonan terlebih dahulu.
- Untuk bahagian yang pertama iaitu Permohonan, sila Anda lengkapkan Maklumat Pemohon seperti berikut:
• No MyKad (tekan butang Semak untuk sahkan Nombor Kad Pengenalan)
• Nama
• Umur
• Jantina
• No Telefon Rumah
• No Telefon Bimbit
• Pekerjaan
• Pendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah (Pemohon dan Pasangan)
• Status Perkahwinan
• Alamat
• Poskod
• Negeri
• Bandar
• Nama Bank
• No Akaun Bank
• Alamat Emel - Masih lagi di bahagian Permohonan, Anda dikehendaki muat naik atau upload Dokumen Sokongan seperti:
• Sijil Kahwin
• Sijil Cerai
• Sijil Kematian Pasangan
• Pengesahan Pasangan
• Pengesahan Bank - Seterusnya, sila Anda tekan butang Muat Naik.
- Untuk Maklumat Wakil, sila pilih salah satu:
• Ada Wakil
• Tiada Wakil - Kemudian, Kita mulakan dengan bahagian Pengesahan terlebih dahulu.
- Sila tekan butang Teruskan.
- Sekarang, Anda berada di bahagian Pengesahan.
- Setelah itu, akan ada mesej “Untuk teruskan proses permohonan, sila isi Captcha dan tandakan pengakuan untuk paparkan bahagian Simpan / Hantar”.
- Sila masukkan Captcha seperti yang tertera.
- Kemudian, klik Sahkan Captcha.
- Pada bahagian Akuan Pengesahan, sila Tick ruangan tersebut.
- Ini artinya Anda bersetuju dengan syarat-syarat permohonan yang telah ditetapkan.
- Kemudian, klik butang Hantar jika Anda bersetuju dengan syarat-syarat permohonan yang telah ditetapkan.
- Tahniah! Permohonan BPR 2021 sudah selesai.
- Selesai.
Baca juga: Semakan Rayuan BPR.
B. Jumlah Amaun Bayaran BPR 2021
Di bawah adalah senarai jumlah bantuan yang akan diterima.
1. Gaji Kurang RM2,500 (Bujang)
Individu bujang berpendapatan RM 2,500 ke bawah, akan menerima bantuan RM350. Tidak sekadar itu, had umur kelayakan individu bujang diturunkan kepada 21 tahun, berbanding syarat sebelum ini, iaitu 40 tahun.
2. Gaji Kurang RM2,500
Isi rumah berpendapatan bulanan kurang RM2,500 dan mempunyai sehingga seorang anak akan menerima bantuan sebanyak RM 1,200, manakala isi rumah yang mempunyai dua orang anak atau lebih akan menerima bantuan sebanyak RM 1,800.
3. Gaji Antara RM2,501 Hingga RM4,000
Bagi isi rumah berpendapatan bulanan antara RM 2,501 hingga RM 4,000 dan mempunyai sehingga seorang anak, bantuan BPR sebanyak RM 800 akan disalurkan, manakala isi rumah yang mempunyai dua orang anak atau lebih akan menerima bantuan sebanyak RM 1,200.
4. Gaji Antara RM4,001 Hingga RM5,000
Kerajaan turut akan membantu kumpulan isi rumah berpendapatan bulanan antara RM 4,001 hingga RM 5,000. Kategori ini akan menerima RM500 bagi yang mempunyai sehingga seorang anak dan bantuan RM 750 kepada isi rumah yang mempunyai dua orang anak atau lebih.
Baca juga: Semakan Permohonan BPR.
Pertanyaan Tentang Kemas Kini Bantuan Prihatin Rakyat
Bagi Anda yang ingin mengetahui maklumat lanjut mengenai cara mohon BPR, pendaftaran BPR, kemas kini dan banyak lagi, sila hubungi nombor di bawah:
Hotline BPR di Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)
- 1-800-88-2747.
- Waktu Operasi: Jam 9 pagi hingga 5 petang.
- Hari: Isnin hingga Jumaat.
Hotline BPR di Kementerian Kewangan Malaysia
- 03-8882 4565.
- 03-8882 4566.
Hasil Care Line (HCL)
- 03- 89111000.
Secara kesimpulannya, Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021 adalah satu inisiatif kerajaan yang bertujuan untuk membantu golongan berpendapatan rendah dan golongan miskin di Malaysia yang terkesan dengan kesan ekonomi akibat pandemik COVID-19.
Dalam artikel ini, kami telah membincangkan cara mohon BPR secara online melalui portal rasmi. Adalah penting untuk memastikan bahawa semua maklumat yang disertakan adalah tepat dan sahih, dan mematuhi semua syarat dan ketentuan yang ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia.
Semoga maklumat yang diberikan dalam artikel cara mohon BPR ini dapat membantu golongan yang memerlukan untuk mendapatkan bantuan kewangan yang diperlukan dan membantu meringankan beban kewangan mereka di tengah-tengah kesukaran ekonomi yang dihadapi.