Bagi Anda yang mendapat status Tidak Lulus/Gagal dalam permohonan BPR, sila pastikan bahawa Anda telah membuat rayuan BPR. Jika sudah, seterusnya sila buat semakan rayuan BPR Fasa 3 melalui bpr.hasil.gov.my.
Dalam artikel ini, kami akan membincangkan Semakan Rayuan BPR yang boleh Anda sertai.
Semakan Rayuan BPR Fasa 3 2021
Anda yang mendapat status Tidak Lulus/Gagal dalam permohonan BPR, sila pastikan bahawa Anda telah membuat rayuan BPR. Seterusnya sila buat semakan rayuan BPR Fasa 3 secara online seperti cara di bawah.
A. Semakan Status Rayuan BPR Fasa 3 Online
Sebelum Anda menyemak bayaran BPR untuk rayuan terbaharu ini, Anda perlu menyemak kelulusannya terlebih dahulu.
Sila ikuti langkah di bawah untuk menyemak status kelulusan rayuan BPR Anda:
- Sila layari laman web rasmi BPR di bpr.hasil.gov.my.
- Kemudian, klik pautan Log Masuk.
- Setelah itu, isikan No MyKad dalam ruangan yang disediakan.
- Lalu tekan butang Semak.
- Setelah itu, sila buat pengesahan bahawa apa yang terpapar adalah kata kunci keselamatan Anda.
- Jika ya, sila klik butang Ya.
- Sila jawab semula Soalan Keselamatan yang dipaparkan.
- Kemudian, tekan butang Teruskan.
- Selepas berjaya masuk, sila Anda klik butang Semakan Status.
- Seterusnya, Status kelulusan dan bayaran akan terpapar di sini.
- Selesai.
Baca juga: BPR Online dan MyBPR.
B. Semakan status bayaran BPR Fasa 3 untuk rayuan
Jika Anda diisytihar Lulus, jangan tergesa-gesa ke ATM untuk mengeluarkan wang. Kami mengesyorkan agar Anda menyemak baki dalam akaun bank Anda terlebih dahulu.
Berikut ialah senarai bank tempatan:
- Maybank
- BSN
- Bank Islam
- RHB Bank
- Ambank
- Agro Bank
- Hong Leong Bank
- Affin Bank
- Bank Rakyat
- CIMB Bank
- Bank Muamalat
- Public Bank
- Alliance Bank
Baca juga: Cara Mohon BPR.
C. Kenapa Masih Tidak Lulus BPR?
Terdapat beberapa sebab mengapa rayuan BPR Anda ditolak.
Berikut adalah kod yang menyenaraikan alasan kenapa Anda Tidak Lulus/Gagal BPR Fasa 3:
Kod | Alasan Tidak Lulus BPR Fasa 3 |
5 | Maklumat pengenalan pasangan perlu pengesahan |
12 |
Pemohon berdaftar sebagai Pemegang Saham / Pengarah Syarikat / Perkongsian Liabiliti Terhad
|
36 | Pemohon / pasangan adalah penerima GKP |
31 | Status perkahwinan perlu pengesahan |
39 |
Semakan pendapatan yang dilaporkan pada borang melebihi pendapatan kelayakan yang ditetapkan termasuk perniagaan
|
Baca juga: Cara Check BPR.
Maklumat Lanjut Fasa 3 PEMERKASA+
Sekiranya Anda memerlukan penjelasan lanjut, sila hubungi LHDN di saluran berikut:
- 1800-88-2747.
- Waktu Operasi: Jam 9 Pagi Hingga 5 Petang.
Bagi mereka yang telah membuat rayuan untuk mendapatkan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Fasa 3 2021, jangan lupa untuk memeriksa keputusan semakan rayuan pada tarikh yang telah ditetapkan. Ini adalah peluang bagi golongan berpendapatan rendah untuk memohon semula bantuan ini bagi membantu meringankan beban kewangan dalam keadaan ekonomi yang mencabar akibat pandemik COVID-19. Sama-sama kita berdoa agar kita dapat mengatasi krisis kesihatan dan ekonomi ini dengan segera dan kembali kepada kehidupan yang normal.
Itulah tadi maklumat mengenai Semakan Rayuan BPR Fasa 3 2021 yang boleh kami kongsikan untuk Anda.