BPR Online dan MyBPR

BPR Online dan aplikasi MyBPR adalah dua sistem dalam talian yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bagi memudahkan para pemohon Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) untuk menyemak keputusan permohonan mereka dan menguruskan maklumat akaun mereka secara dalam talian.

BPR Online dan MyBPR merupakan inisiatif yang bertujuan untuk memberikan kemudahan dan keselesaan kepada para pemohon BPR untuk mengakses maklumat berkaitan dengan program BPR.

BPR Online dan MyBPR

BPR Online dan MyBPR

Pengertian BPR Online dan MyBPR telah dijelaskan di bawah.

1. BPR Online

BPR Online adalah sistem dalam talian yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bagi para pemohon Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) untuk menyemak keputusan permohonan mereka secara dalam talian. Sistem ini memudahkan para pemohon untuk menyemak status permohonan mereka tanpa perlu pergi ke pejabat atau pusat khidmat pelanggan.

Melalui BPR Online, pemohon dapat menyemak maklumat berkaitan dengan keputusan permohonan mereka, termasuk jumlah bantuan yang akan diterima dan tarikh bayaran. Selain itu, pemohon yang mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan dengan program BPR juga boleh menghubungi pusat khidmat pelanggan melalui sistem ini.

BPR Online adalah satu inisiatif untuk mempermudahkan proses permohonan dan penyampaian maklumat kepada para pemohon BPR. Ini juga membantu meningkatkan kecekapan dan kebolehpercayaan program BPR secara keseluruhan.

2. MyBPR Online

Aplikasi MyBPR adalah sistem dalam talian yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bagi memudahkan para pemohon Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) untuk menyemak keputusan permohonan mereka dan menguruskan maklumat akaun mereka secara dalam talian.

Baca juga: Semakan Kelulusan BPR.

MyBPR Online (Log Masuk, Mohon, Update & Check Status Online) 2021

Di bawah ialah ringkasan perkara yang boleh anda lakukan di MyBPR:

A. Log Masuk MyBPR 2021

Ikuti langkah di bawah untuk panduan log masuk MyBPR 2021:

  1. Sila layari laman utama portal rasmi BPR Hasil 2021 untuk login di https://bpr.hasil.gov.my/Account/Login.
  2. Lalu masukkan No MyKad Anda.
  3. Sila Anda pastikan No MyKad adalah dalam 12 digit seperti dalam Kad Pengenalan.
  4. Lalu isikan tanpa tanda sempang (-) atau dash.
  5. Contohnya, jika Nombor MyKad ialah 870230-01-4444, masukkan 870230014444.
  6. Kemudian, tekan butang Semak.
  7. Jika tidak ada apa-apa masalah dalam proses BPR login, Anda akan boleh Log Masuk ke dalam sistem BPR.
  8. Walau bagaimanakan, andai kata Anda belum pernah mendaftar lagi, akan akan terpapar ralat “ID pengenalan belum didaftarkan. Sila Ke Halaman Daftar Akaun Untuk Mendaftar.”
  9. Maka, Anda perlu buat pendaftaran Bantuan Prihatin Nasional (BPR) terlebih dahulu.
  10. Selesai.

Baca juga: Rayuan BPR Fasa 3.

B. Permohonan Baru MyBPR 2021

Ikuti langkah di bawah untuk panduan buat permohonan baru MyBPR 2021:

  1. Sila layari pautan untuk permohonan baru di https://bpr.hasil.gov.my/PermohonanBPR.aspx.
  2. Permohonan BPR ini terbahagi kepada 3 bahagian yang boleh dilihat di bahagian atas laman iaitu:
    Permohonan
    Pengesahan
    Hantar
  3. Sila mulakan dengan bahagian Permohonan terlebih dahulu.
  4. Untuk bahagian yang pertama iaitu Permohonan, sila Anda lengkapkan Maklumat Pemohon seperti berikut:
    No MyKad (tekan butang Semak untuk sahkan Nombor Kad Pengenalan)
    Nama
    Umur
    Jantina
    No Telefon Rumah
    No Telefon Bimbit
    Pekerjaan
    Pendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah (Pemohon dan Pasangan)
    Status Perkahwinan
    Alamat
    Poskod
    Negeri
    Bandar
    Nama Bank
    No Akaun Bank
    Alamat Emel
  5. Masih lagi di bahagian Permohonan, Anda dikehendaki muat naik atau upload Dokumen Sokongan seperti:
    Sijil Kahwin
    Sijil Cerai
    Sijil Kematian Pasangan
    Pengesahan Pasangan
    Pengesahan Bank
  6. Seterusnya, sila Anda tekan butang Muat Naik.
  7. Untuk Maklumat Wakil, sila pilih salah satu:
    Ada Wakil
    Tiada Wakil
  8. Kemudian, tekan butang Teruskan.
  9. Sekarang, Anda berada di bahagian Pengesahan.
  10. Akan ada mesej “Untuk teruskan proses permohonan, sila isi Captcha dan tandakan pengakuan untuk paparkan bahagian Simpan/Hantar”.
  11. Sila masukkan Captcha seperti yang tertera.
  12. Kemudian, klik Sahkan Captcha.
  13. Pada bahagian Akuan Pengesahan, sila Tick ruangan tersebut.
  14. Ini maknanya Anda bersetuju dengan syarat-syarat permohonan yang telah ditetapkan.
  15. Setelah itu, klik butang Hantar jika Anda bersetuju dengan syarat-syarat permohonan yang telah ditetapkan.
  16. Tahniah! Permohonan di MyBPR 2021 sudah selesai.
  17. Selesai.

Baca juga: BPR Fasa 2 Bila Masuk.

C. Update Maklumat Terkini di MyBPR 2021

Sila Anda ikuti langkah-langkah di bawah untuk buat proses kemaskini BPR:

  1. Sila layari laman utama portal rasmi untuk login BPR di https://bpr.hasil.gov.my.
  2. Lalu tekan pautan Log Masuk pada bahagian Menu atas sebelah kanan.
  3. Kemuidan, masukkan No MyKad iaitu Nombor Kad Pengenalan Anda.
  4. Setelah itu, tekan butang Semak.
  5. Seterusnya, akan keluar soalan “Adakah ini kata kunci keselamatan Anda?”.
  6. Jika yang terpapar ialah kata kunci Anda, sila Anda tekan Ya.
  7. Lalu masukkan Kata Laluan Anda.
  8. Kemudian, tekan butang Log Masuk.
  9. Jika tidak ada apa-apa masalah, maka Anda akan dapat Log Masuk ke dalam sistem.
  10. Akan terpapar beberapa butang yang Anda dapat lihat:
    Profil
    Semakan Status
    Kemaskini Permohonan
    Cetakan
    Peti Mel
    Maklum Balas
  11. Untuk update, sila Anda tekan Kemaskini Permohonan.
  12. Sila kemaskini sekiranya ada maklumat diri Anda yang sudah berubah dari sebelum ini.
  13. Maklumat yang paling selalu berubah ialah:
    Nombor Akaun Bank
    Status Perkahwinan
    Nombor Telefon
    Maklumat Anak
  14. Selesai.

Baca juga: Cara Mohon BPR.

D. Check Status Permohonan BPR Dihantar/Diterima

Sekiranya Anda sudah berjaya Log Masuk, sila Anda teruskan dengan panduan di bawah untuk melihat status semakan samada permohonan BPR telah dihantar dan diterima:

  1. Setelah Anda berjaya Log Masuk Bantuan Prihatin Rakyat 2021, Anda akan dapat lihat paparan “Selamat Datang, Nama Anda”.
  2. Contohnya, “Selamat Datang, Achmad Akram Bin Kamis”.
  3. Anda akan lihat butang-butang berikut:
    Profil
    Semakan Status
    Kemaskini Permohonan
    Cetakan
    Peti Mel
    Maklum Balas
  4. Sila Anda tekan butang Peti Mel.
  5. Kemudian, tekan perkataan Surat di bahagian atas.
  6. Kini Anda akan dapat lihat Senarai Surat.
  7. Anda akan dapat lihat Subjek Permohonan BPR 2021.
  8. Sila Anda tekan Permohonan BPR 2021.
  9. Setelah itu, Akan keluar contoh paparan seperti ini:
    Dengan ini permohonan anda telah berjaya dihantar. Sila rujuk BPR untuk semakan permohonan:Nombor MyKad Pemohon: 780202-01-5555
    Nama Pemohon: Achmad Akram Bin Kamis.
    Tarikh & Masa: 25/01/2021 15:30 PM”.
  10. Tahniah! Semakan permohonan dihantar/diterima oleh LHDN sudah selesai.
  11. Selesai.

E. Cek Status Kelulusan BPR

Ikuti langkah di bawah untuk panduan cek status kelulusan BPR:

  1. Sila Anda tekan butang Semakan Status.
  2. Jika Anda berstatus Lulus, maka Anda akan dapat lihat paparan lain bahagian pertama iaitu:
    BPR
    – Ada butang Maklumat BPR. Anda boleh muat turun maklumat tersebut.
    Amaun Keseluruhan BPR Diterima
    – Contohnya RM900.00.
  3. Jika Anda berstatus Lulus, maka Anda akan dapat lihat paparan lain bahagian kedua iaitu:
    Jadual Bayaran
    – Ada butang Maklumat Bayaran BPR. Anda boleh muat turun maklumat tersebut.
    Paparan jika Anda tidak download adalah seperti berikut:
    Tarikh Kredit.
    No. Pengenalan Akaun Dikredit.
    Fasa.
    Jumlah Dikredit.
    Status Kredit.
    Nama Bank.
    No Akaun.
    Kod Tidak Berjaya.
    Nombor Siri.
    Tarikh Tunai.
  4. Untuk mengetahui samada duit BPR sudah masuk atau belum, pastikan Status Kredit dalam Jadual Bayaran adalah Berjaya Kredit.
  5. Jika Status Kredit dalam Jadual Bayaran adalah Gagal Kredit, sila Anda baca cara dapatkan No Baucar BPR untuk tebus di BSN.
  6. Sila Anda tekan butang Kembali untuk kembali ke paparan sebelum ini.
  7. Anda bisa tekan butang Papar Borang untuk memaparkan keseluruhan Semakan Status ini.
  8. Selesai.

Maklumat Lanjut Berkenaan BPR, BPR Online dan MyBPR

Bagi Anda yang mungkin masih mengalami masalah log masuk dan pada masa yang sama ingin mengetahui maklumat lanjut mengenai pendaftaran BPR, permohonan BPR, kemas kini, BPR Online dan MyBPR dan banyak lagi, sila hubungi nombor di bawah:

Hotline BPR di Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM):

  • 1-800-88-2747

Hotline BPR di Kementerian Kewangan Malaysia:

  • 03-8882 4565
  • 03-8882 4566

Hasil Care Line (HCL):

  • 03- 89111000

BPR Online dan MyBPR adalah inisiatif penting dalam meningkatkan kecekapan dan kebolehpercayaan program Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) di Malaysia. Dengan menyediakan akses mudah kepada maklumat berkaitan dengan keputusan permohonan dan akaun pemohon, BPR Online dan MyBPR memudahkan proses permohonan dan mempercepatkan penyampaian bantuan kepada mereka yang layak.

Oleh itu, bagi para pemohon BPR, disyorkan untuk menggunakan sistem BPR Online dan aplikasi MyBPR bagi menyemak dan menguruskan maklumat akaun mereka secara mudah dan pantas.