Bagi Anda yang pernah membuat permohonan BPR sebelum ini, sudah tentu Anda ingin tahu sama ada permohonan tersebut Lulus atau Tidak Lulus.
Atas sebab ini, di kesempatan ini, izinkan kami berkongsi panduan ringkas semakan kelulusan BPR 2021 bagi Fasa 1 dan Fasa 2 melalui portal bpr.hasil.gov.my.
Semakan Kelulusan BPR 2021 (Check Status Lulud/Tidak)
Untuk menyemak sama ada permohonan Lulus atau Tidak Lulus, sila semak kelulusan BPR 2021 untuk Fasa 1 dan Fasa 2 melalui portal bpr.hasil.gov.my.
A. Semakan Permohonan BPR Diterima
Sebelum Anda menyemak kelulusan BPR, Anda perlu memastikan permohonan Anda diterima.
Ini bermakna Anda perlu menyemak penerimaan permohonan BPR melalui portal Bantuan Rakyat Prihatin (BPR) terlebih dahulu.
Sila ikuti langkah-langkah di bawah untuk menyemak sama ada permohonan BPR Anda telah diterima atau tidak:
- Pertama sekali, sila Anda Login BPR di https://bpr.hasil.gov.my/Account/Login.
- Lalu, masukkan Nombor MyKad.
- Kemudian, klik Semak.
- Jika tiada apa-apa masalah, maka Anda akan masuk ke dalam sistem.
- Sila Anda klik Peti Emel > Surat > Permohonan BPR 2021.
- Pastikan Anda melihat paparan yang menunjukkan permohonan berjaya dihantar dan diterima.
- Selesai.
Baca juga: Cara check BPR.
B. Semakan Kelulusan BPR (Lulus/Gagal)
Seterusnya, kemudian Anda boleh menyemak sama ada keputusan permohonan Lulus atau Gagal.
Sila ikuti langkah-langkah untuk semakan kelulusan BPR seperti di bawah:
- Pertama sekali, sila Anda login bpr.hasil.gov.my terlebih dahulu.
- Lalu, tekan butang Semakan Status.
- Sekiranya Anda berstatus Lulus, Anda akan dapat lihat paparan lain bahagian pertama iaitu:
• BPR
− Ada butang Maklumat BPR. Boleh muat turun maklumat tersebut.
• Amaun Keseluruhan BPR Diterima
− Contohnya RM900.00. - Sekiranya Anda berstatus Lulus, Anda akan dapat lihat paparan lain bahagian kedua iaitu:
• Jadual Bayaran
− Ada butang Maklumat Bayaran BPR. Boleh muat turun maklumat tersebut.
• Paparan jika Anda tidak download adalah seperti berikut:
− Tarikh Kredit.
− No. Pengenalan Akaun Dikredit.
− Fasa.
− Jumlah Dikredit.
− Status Kredit.
− Nama Bank.
− No Akaun.
− Kod Tidak Berjaya.
− Nombor Siri.
− Tarikh Tunai. - Sekiranya Anda berstatus Gagal, Anda akan melihat paparan kod tidak lulus/gagal seperti di bawah:
• 05 – Maklumat pengenalan pasangan perlu pengesahan.
• 12 – Pemohon berdaftar sebagai Pemegang Saham / Pengarah Syarikat / Perkongsian Liabiliti Terhad.
• 36 – Pemohon / pasangan adalah penerima GKP.
• 31 – Status perkahwinan perlu pengesahan.
• 39 – Semakan pendapatan yang dilaporkan pada borang melebihi pendapatan kelayakan yang ditetapkan termasuk perniagaan. - Untuk mengetahui samada duit BPR sudah masuk atau belum, sila Anda pastikan Status Kredit dalam Jadual Bayaran adalah Berjaya Kredit.
- Jika Status Kredit dalam Jadual Bayaran adalah Gagal Kredit, sila Anda baca cara dapatkan No Baucar BPR untuk tebus di BSN.
- Kemudian, tekan butang Kembali untuk kembali ke paparan sebelum ini.
- Setelah itu, tekan butang Papar Borang untuk memaparkan keseluruhan Semakan Status ini.
- Tahniah! Semakan kelulusan BPR 2021 selesai.
Untuk memastikan wang telah masuk ke dalam akaun, sila Anda buat semakan pembayaran BPR.
Baca juga: Cara kemaskini BPR secara online yang mudah untuk Anda ikuti.
C. Bila Boleh Buat Semakan BPR?
Untuk makluman, tarikh pembayaran BPR sudah diumumkan. Sila log masuk ke BPR dan semak Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).
Tarikh untuk memohon BPR telah tamat tempoh dan permohonan baharu tidak diterima. Tambahan pula, bagi setiap individu yang mempunyai status Hilang kelayakan, sila buat rayuan BPR secepat mungkin.
D. Kenapa Permohonan BPR Tidak Lulus?
Berikut ialah beberapa sebab mengapa Anda gagal mendapatkan kelulusan BPR:
- 05 – Maklumat pengenalan pasangan memerlukan pengesahan.
- 12 – Anda berdaftar sebagai Pemegang Saham / Pengarah Syarikat / Perkongsian Liabiliti Terhad.
- 36 – Anda atau pasangan adalah penerima Geran Khas Prihatin (GKP) sebelum ini.
- 31 – Status perkahwinan anda perlu pengesahan.
- 39 – Semakan pendapatan yang dilaporkan pada borang melebihi pendapatan kelayakan yang ditetapkan termasuk perniagaan.
Baca juga: Cara buat semakan BPR.
Maklumat Lanjut BPR
Bagi Anda yang mendapat status gagal, Anda boleh membuat rayuan kepada BPR. Anda boleh menghubungi BPR untuk mendapatkan maklumat lanjut.
1. Talian Hotline BPR LHDN
- 1-800-88-2747
2. Talian Hotline BPR MoF
- 03-8882 4565
- 03-8882 4566
3. Hasil Care Line (HCL)
- 03- 89111000
Itulah tadi maklumat mengenai semakan kelulusan BPR 2021 yang boleh kami kongsikan untuk Anda.