Cara tukar nama kereta di JPJ sebenarnya agak mudah, untuk menjalankan proses penukaran nama pemilikan kereta, Anda perlu berurusan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Proses ini akan dijalankan melalui pengesahan biometrik iaitu cap ibu jari.
Walaupun pemilik asal mahupun pemilik baharu tidak perlu hadir pada masa yang sama, mereka masih perlu mengikut prosedur yang ditetapkan.
Untuk itu, mari kami kongsikan cara tukar nama kereta di JPJ yang boleh Anda ikuti.
Cara Tukar Nama Kereta di JPJ (Tukar Geran Hak Milik Kenderaan)
Untuk cara tukar nama kereta di JPJ, sila baca terlebih dahulu syarat khas, syarat am dan senarai semak atau checklist dokumen yang perlu disediakan sebelum Anda ke JPJ.
Baca juga: Cara Buat Lesen Memandu Antarbangsa.
Cara Tukar Nama Kereta di JPJ
Kami menulis semula perkongsian tentang proses, prosedur dan cara tukar nama kereta di JPJ dari Facebook, berikut adalah langkah-langkahnya:
- Pertama sekali, pastikan kereta sudah habis bayar. Kemudian, hutang semua sudah langsai.
- Setelah itu, buat pemeriksaan PUSPAKOM.
• Boleh dibuat oleh Pemilik baru atau Pemilik asal.
• Sila buat temujanji dahulu dengan PUSPAKOM.
• Bawa Kad Pengenalan (MyKad).
• Bawa geran asal kereta atau Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC).
• Ada dua pilihan untuk buat pemeriksaan; iaitu hadir ke pejabat PUSPAKOM atau minta pasukan bergerak datang ke rumah.
• Jika Anda datang ke pejabat PUSPAKOM, sila si Borang B5.
• Tunggu sehingga proses pemeriksaan telah siap.
• Sila semak harga untuk buat pemeriksaan di www.puspakom.com.my. - Pemilik asal perlu buat urusan di JPJ.
• Pemilik asal perlu hadrikan diri ke pejabat JPJ.
• Bawa Kad Pengenalan (MyKad).
• Kemudian, isi Borang Penyata Pertukaran Milikan Kenderaan Motor Secara Sukarela Oleh Pemunya Berdaftar (JPJ K3).
• Setelah itu, pihak JPJ akan mengambil Cap Jari Biometric ‘Thumbprint’.
• JPJ akan keluarkan Slip menunjukkan urusan tukar hak milik telah selesai.
• Slip ini perlu diserahkan kepada Pemilik baru.
• Urusan untuk tukar nama kereta oleh pemilik asal kini sudah selesai. - Pemilik baru perlu buat urusan di JPJ.
• Sila ambil maklum, setelah urusan Cap Jari ‘Thumbprint’ di JPJ oleh pemilik asal, Road tax dan Insurans akan terbatal secara automatik.
• Jadi, dinasihatkan agar Pemilik baru renew insurans terlebih dahulu atas nama sendiri.
• Jika Insurans sudah diperbaharui, Pemilik yang baru boleh terus Renew Road tax baru.
• Pihak JPJ akan mengeluarkan Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC) baru yang telah ditukar hak milik.
• Isi Borang Penyata Pertukaran Milikan Kenderaan Motor Secara Sukarela Oleh Pemunya Berdaftar (JPJ K3) seperti pemilik asal. - Tahniah! Selesai untuk cara tukar nama kereta di JPJ.
Baca juga: Cara Check Owner Kereta.
Checklist Tukar Nama Kereta
Supaya Anda tidak perlu berulang alik ke pejabat JPJ jika tertinggal sebarang dokumen, berikut adalah senarai semak (checklist) atau senarai dokumen yang perlu dibawa untuk cara tukar nama kereta di JPJ:
Untuk Pemilik Asal
- Kad Pengenalan (MyKad).
- Geran asal kenderaan atau Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC).
Untuk Pemilik Baharu
- Kad Pengenalan (MyKad).
- Geran asal kenderaan atau Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC).
- Laporan pemeriksaan PUSPAKOM yang asal.
- Slip cap jari ‘thumbprint‘.
Baca juga: Cara Bayar Loan Kereta Maybank.
Syarat Am Tukar Nama Kereta
Terdapat beberapa syarat am yang mesti dipenuhi, seperti di bawah:
- Pemilik asal berdaftar bagi kereta tersebut (penjual) dan pemilik baru kereta tersebut (pembeli) perlu hadir sendiri ke mana-mana cawangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi urusan pengesahan cap jari secara biometrik.
- Tiada wakil yang dibenarkan untuk menjalankan urusan ini (bagi penjual mahupun pembeli) sekiranya kereta tersebut adalah hak milik persendirian individu.
- Pemilik asal serta pembeli kereta tersebut perlu menyediakan beberapa dokumen asas.
• Pengesahan identiti individu; Dokumen pengenalan diri seperti MyKad, MyTentera, MyPR atau passport.
• Pengesahan identiti Kerajaan/bank/syarikat kewangan/insurans/Pertubuhan/Koperasi/Syarikat Sendirian Berhad/Syarikat Berhad/Perniagaan Milikan Tunggal/Perniagaan Perkongsian/Badan Berkanun/Pihak Berkuasa Tempatan/Kedutaan/Pesuruhjaya Tinggi/Konsulat/Pertubuhan Antarabangsa.
• Pengesahan identiti sebegini adalah seperti berikut:
° Salinan Borang 49 (Wajib).
° Salinan Resolusi/Minit Mesyuarat Berkenaan Persetujuan Penjualan Kenderaan, atau
° Borang 9 Atau Borang 13 Yang Disahkan Oleh Setiausaha Syarikat Atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) (Mana-Mana Yang Berkenaan), atau
° Salinan Borang D Yang Disahkan SSM, atau
° Apa-Apa Dokumen Lain Yang Berkaitan Pengesahan Identiti (Yang Berkaitan), dan
° Surat Persetujuan Penjualan Kenderaan Motor
• Surat rasmi lantikan wakil (sekiranya kereta tersebut bukan hak milik persendirian). Wakil juga WAJIB menyediakan dokumen pengesahan identiti individu miliknya seperti MyKad, MyTentera, MyPR atau passport.
• Borang JPJK3 yang lengkap diisi.
• Perakuan pendaftaran kenderaan motor. - Pastikan tidak mempunyai sekatan kepada urusniaga THM seperti rekod tuntutan hakmilik oleh syarikat kewangan, rekod cukai kastam yang belum diselesaikan, rekod senaraihitam dan sebagainya.
- Kemudian, kereta Anda Wajib dibawa untuk pemeriksaan di PUSPAKOM.
- Permit kenderaan perdagangan bagi pemilik asal berdaftar telah dibatalkan terlebih dahulu.
- Fi dibayar seperti yang ditetapkan.
Baca juga: Cara Bayar Loan Kereta CIMB.
Syarat Khas Tukar Hakmilik Kenderaan
Terdapat beberapa syarat khas yang mesti dipenuhi, seperti di bawah:
- Bagi Pemilik asal berdaftar untuk kereta tersebut yang berada di luar negara, sediakan dokumen:
• Salinan passport yang disahkan oleh Kedutaan Malaysia di mana pemilik asal berdaftar berada.
• Akuan persetujuan penjualan yang ditandatangani oleh pemilik asal berdaftar dihadapkan dan disahkan oleh pegawai Kedutaan Malaysia di mana pemilik berdaftar berada. - Bagi Pemilik asal berdaftar yang tidak dapat dikesan atau tidak dapat dihubungi, sediakan dokumen:
• Perintah Mahkamah. - Bagi Kenderaan milik syarikat/perkongsian yang telah digulungkan/dalam proses pembubaran yang diuruskan oleh Receivers and Managers/Liquidators, sediakan dokumen:
• Surat persetujuan penjualan kenderaan (Wajib)
• Salinan borang 59 yang disahkan oleh SSM; atau
• Salinan borang 70 yang disahkan oleh SSM; atau
• Salinan borang 72 yang disahkan oleh SSM - Bagi Kenderaan Perdagangan, sediakan dokumen:
• Untuk kenderaan off-road hendaklah menjalani Pemeriksaan Khas (B2) di PUSPAKOM terlebih dahulu.
• Untuk kenderaan jentera/kenderaan bomba/trak tunda/kenderaan mayat/hendaklah menjalani pemeriksaan awalan PG11A/PG13B;
• Surat pembatalan permit/surat kelulusan ubahsyarat oleh SPAD/LPKP/Kementerian Pelancongan (Wajib).
• Surat tawaran kelulusan lesen atau surat kelulusan ubahsyarat (Wajib).
• Borang JPJK1 yang lengkap diisi sekiranya kenderaan motor akan beroperasi sebagai decontrolled; atau
• Borang JPJK11 yang lengkap diisi sekiranya kenderaan motor akan beroperasi sebagai off-road.
• Salinan surat pengecualian daripada Perbendaharaan/MITI/kastam yang disahkan (jika berkenaan) (Wajib).
Kami nasihatkan Anda, tukar nama kereta tersebut sebelum menjual atau memberikannya kepada sesiapa. Ini sangat penting supaya nama Anda tidak lagi melekat pada kereta. Memandangkan masa ini, semua jenis jenayah dan pelanggaran sering berlaku. Jadi, dengan mengikut kaedah menukar nama kereta seperti di atas, Anda tidak akan terlibat sekiranya berlaku sesuatu berkaitan kereta tersebut.
Untuk panduan cara menukar nama kereta untuk pemilik terdahulu yang telah meninggal dunia, terdapat beberapa perkara lain yang perlu dipertimbangkan. Kami akan kongsikan di lain masa.
Baca juga: Cara Bayar Loan Kereta Public Bank.
Sementara itu, untuk panduan cara menukar nama kereta tanpa lesen, sila hubungi JPJ untuk maklumat lanjut.
Itulah tadi maklumat mengenai cara tukar nama kereta di JPJ yang boleh kami kongsikan untuk Anda.