Check Owner Kereta

Bagi Anda yang ingin mengetahui pemilik sesebuah kenderaan, kini Anda boleh menyemak pemilik kenderaan tersebut dengan hanya menggunakan nombor pendaftaran kenderaan.

Pada masa ini Anda boleh menyemak pemilik kenderaan/check owner kereta menggunakan laman web MYEG dan MyCarInfo.

Jika Anda ingin tahu cara check owner kereta menggunakan MYEG dan MyCarInfo, di sini kami kongsikan kaedahnya untuk Anda.

Check Owner Kereta

Check Owner Kereta (Cara Semak Pemilik Kenderaan Online)

Keperluan utama untuk menyemak maklumat pemilik kereta, Anda mesti tahu nombor plat kereta yang ingin Anda semak. Selepas itu, Anda boleh cuba menyemaknya menggunakan laman web MYEG dan MyCarInfo.

Baca juga: Cara Tukar Nama Kereta di JPJ.

A. Check Owner Kereta/Semakan Melalui MYEG Online

Kita boleh mendapatkan maklumat pemilik kereta melalui saman mereka yang telah didaftarkan oleh Polis Diraja Malaysia. Berikut adalah langkah-langkah cara check owner kereta melalui laman web MYEG Online:

  1. Pertama sekali, sila Anda layari laman portal rasmi MYEG.
  2. Lalu, klik pada Daftar Akaun sekiranya Anda tidak mempunya akaun MYEG.
  3. Kemudian, sila Login akaun Anda.
  4. Setelah itu, klik pada logo Polis Diraja Malaysia (PDRM) di halaman utama.
  5. Seterusnya, sila pilih Check & Pay PDRM Summons.
  6. Pada paparan sebelah kiri Anda terlihat column Search Summons.
  7. Pada ruangan Vehicle Plate Type pilih jenis nombor plate kenderaan yang ingin Anda semak, sama ada ianya nombor plate keluaran Malaysia ataupun luar negara.
  8. Seterusnya, sila Anda pilih Malaysia bagi nombor plate keluaran Malaysia dan Non Malaysia bagi nombor plate luar negara.
  9. Pada ruangan Vehicle No Anda perlu mengisi No plate kenderaan yang ingin Anda semak pemiliknya.
  10. Kemudian, masukkan Kod Sekuriti di paparan tersedia.
  11. Akhir sekali, sila Anda klik pada Check Summons.
  12. Seterusnya, Maklumat seperti Nama Penuh dan Nombor Kad Pengenalan Owner akan tertera di paparan skrin Anda jika mereka mempunyai kesalahan yang direkodkan oleh PDRM.
  13. Selesai.

Jika tiada rekod yang disimpan dalam MYEG, Anda boleh meneruskan ke langkah seterusnya untuk mengetahui cara menyemak pemilik kereta dengan lebih lanjut.

Baca juga: Cara Renew Lesen Memandu Secara Online.

B. Check Owner Nombor Plat Kereta Melalui MyCarInfo

Untuk makluman, MyCarInfo adalah laman web untuk menyemak insurans kenderaan. Untuk mendapatkan maklumat seperti nama dan nombor kad pengenalan pemilik kenderaan, Anda perlu mendapatkan surat pengenalan daripada syarikat insurans.

Dalam cover note ini, terdapat maklumat seperti yang dinyatakan sebelum ini. Kelayakan untuk mendapatkan cover note ini diberikan kepada pelanggan yang boleh memberikan butiran seperti yang disenaraikan di bawah kepada syarikat insurans.

  • Nombor polisi insurans.
  • Tarikh mula insurans.
  • Tarikh tamat insurans.

Untuk mendapatkan butiran seperti di atas, kami boleh menggunakan perkhidmatan MyCarInfo dengan bayaran sebanyak RM6.00 untuk satu kredit.

Sila ikut langkah-langkah di bawah untuk cara check owner kereta melalui MyCarInfo:

  1. Pertama sekali, sila Anda layari laman portal rasmi MyCarInfo.
  2. Kemudian, Daftar akaun sekiranya Anda tidak mempunyai akaun MyCarInfo.
  3. Setelah itu, Login akaun MyCarInfo Anda.
  4. Seterusnya pada halaman utama, sila Anda pergi pada butang Services dan pilih i-Search.
  5. Pada paparan skrin pada bahagian bawah akan terlihat Jenis Pelan yang perlu dipilih.
  6. Setelah itu, pilih pelan Comprehensive dan Anda akan dibawa ke pelan pembayaran.
  7. Lalu, klik pada Select 1 Credit (RM6) dan buat pembayaran melalui FPX.
  8. Kemudian, sila Anda masukkan Nombor Plate yang ingin Anda semak, Nama Anda berserta alamat Email.
  9. Seterusnya, sila maklumat Nombor Polisi Insurans, Tarikh Mula Insurans dan Tarikh Tamat Insurans akan dihantar ke alamat e-email Anda.
  10. Selesai.

Sebaik sahaja Anda menerima butirannya, Anda boleh menghantar e-mel kepada syarikat insurans untuk mendapatkan cover note. Dengan cara ini, Anda boleh menyemak maklumat pemilik kereta tersebut. Semak alamat e-mel syarikat insurans di laman web rasmi mereka, bergantung pada syarikat insurans yang digunakan oleh pemilik kereta.

Berikut merupakan contoh format e-mel yang boleh digunakan:

Hi,

I need a softcopy of cover note for my car policy. Can you email me?

Vehicle Reg. No : WWX 808X
Policy Number : XX2XX XXXX
Policy Period : 23 June 2021 – 22 June 2022

Thanks in Advance,
Regards,

Proses di atas biasanya akan mengambil masa 1-5 hari bekerja. Jadi, saya harap Anda sedang menunggu maklum balas daripada syarikat insurans untuk menghantar cover note dengan butiran pemilik kereta ke e-mel Anda.

Baca juga: Cara Buat Lesen Memandu Antarbangsa.

C. Semakan Pemilik Kendaraan Melalui Laporan Polis

Untuk cara check owner kereta, Anda juga boleh menyemak melalui laporan polis. Contohnya, apabila berlaku kemalangan, pastikan Anda merekodkan nombor kenderaan dan membuat laporan polis. Pihak polis pastinya dapat mengetahui siapa pemilik kenderaan yang terlibat dalam kemalangan itu.

Tujuan Semakan Maklumat Kendaraan

Kadang-kadang ramai orang berhadapan dengan pelbagai masalah secara tiba-tiba dan tidak disangka-sangka serta memerlukan maklumat segera tentang kenderaan tertentu. Lazimnya, di antara situasi tersebut adalah seperti berikut:

  • Untuk semak laporan kecurian.
  • Total lost kenderaan.
  • Semak % NCD kenderaan.
  • Semak harga semasa kenderaan.
  • Untuk cover note insurans.

Baca juga: Cara Daftar MyVac.

Itulah tadi maklumat mengenai cara check owner kereta yang boleh kami kongsikan untuk Anda.