Bantuan Kita Selangor 2.0

Pada bulan Januari tahun 2021 yang lalu, kerajaan negeri Selangor telah melancarkan pakej Kita Selangor. Memasuki suku ketiga tahun 2021, kerajaan negeri Selangor sekali lagi melancarkan pakej Bantuan Kita Selangor 2.0.

Bagaimanapun, seperti bantuan Kita Selangor 1.0, kita berharap agar tidak ada bantuan dalam bentuk wang tunai seperti negeri Sarawak dengan BKSS.

Bantuan Kita Selangor 2.0

Bantuan Kita Selangor 2.0 (Senarai Penuh Pada 9 Jun 2021, 2PM)

Bantuan Kita Selangor 2.0 pada dasarnya bertujuan memastikan kebajikan rakyat Selangor terpelihara sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketiga (ke-3).

Baca juga: Cara Mohon BKSS 7.0.

1. Bilakah Bantuan Kita Selangor 2.0 Akan Diumumkan?

Bantuan Kita Selangor 2.0 akan diumumkan oleh Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shari pada 09 Jun 2021. Demikian dimaklumkan oleh Twitter Pejabat SUK Selangor.

Twitter Pejabat SUK Selangor
Twitter Pejabat SUK Selangor

2. Apa Bantuan Kali Ini?

Tweet Media Selangor
Tweet Media Selangor

Memetik tweet daripada Twitter Media Selangor, berkemungkinan bantuan ini akan menyasarkan:

  • Bantuan vaksin COVID-19 untuk warga Selangor.
  • Insentif peniaga kecil.
  • Insentif PdPR.
  • Bakul Makanan.

Nota: Kami akan terus mengemas kini halaman ini selepas pengumuman tersebut.

Senarai Bantuan Kita Selangor 2.0

Berikut adalah senarai Bantuan Kita Selangor 2.0 (Intipati Bantuan Kita Selangor 2.0):

  1. Bantuan Kewangan buat pesakit Covid-19 yang meninggal dunia RM1,000 untuk setiap keluarga.
  2. Marotorium Usahawan Hijrah Selangor selama 1.5 bulan.
  3. Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman Pelajaran bagi graduan tahun 2021 (daripada 6 bulan kepada 12 bulan selepas pelajar menamatkan pengajian).
  4. Data Internet Selangor,penawaran bersubsidi kad SIM dengan kemudahan data internet tanpa had untuk B40.
  5. Program Bakul Makanan (Pemandu bas, van sekolah, pemandu teksi, bas persiaran, ibu tunggal, OKU serta pesakit Covid-19).
  6. Bantuan Khas RM500 Orang Kurang Upaya (OKU).
  7. Penangguhan bayaran sewa PPR & Smart Sewa bulan Julai 2021.
  8. Bantuan Khas buat pengusaha (RM450) dan guru pendidikan awal sebanyak RM150.
  9. Penangguan Bayaran Pinjaman Biasiswa Yayasan Selangor bermula 1 April sehingga 30 September 2020 bagi tempoh 6 bulan.
  10. Bantuan Kewangan Sektor Pelancongan di negeri Selangor.
  11. Portal Pusat Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) menerusi portal ePTRS.my untuk pelbagai program pembelajaran Tuisyen Rakyat versi Digital bagi pelajar SPM.

Baca juga: Cara Keluarkan Duit KWSP untuk Bayar Hutang Rumah.

3. Siapa yang Akan Menerima Bantuan Ini?

Kerajaan Selangor amat prihatin terhadap rakyat yang berdepan dengan cabaran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0).

Dilaporkan, kumpulan berikut akan menerima faedah yang disasarkan:

  • Golongan B40.
  • Warga emas.
  • Ibu-bapa pelajar bersekolah.
  • Mahasiswa.

Baca juga: Cara Buat Semakan BKC.

4. Mengapakah Bantuan Ini Wujud?

Kerajaan Selangor amat prihatin terhadap rakyat yang berdepan dengan cabaran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0) berhubung penularan wabak Covid-19.

Lebih lanjut, negara bagian Selangor menjadi negara bagian yang paling banyak terjangkit Covid-19 di Malaysia.

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai Semakan Bantuan Kita Selangor 2.0, Anda boleh layari alamat di bawah:

Baca juga: Cara Buat Semakan BPR.

Jadi, peruntukan ini akan membantu ramai orang yang terjejas akibat pandemik dan juga PKP 3.0 di Malaysia khususnya Selangor.

Itulah tadi maklumat mengenai Bantuan Kita Selangor 2.0 yang boleh kami kongsikan untuk Anda.