Semak Baki Pinjaman Bank Rakyat

Bagi Anda atau keluarga Anda yang sedang membuat pinjaman di Bank Rakyat, adalah amat disyorkan untuk sentiasa semak baki pinjaman Bank Rakyat Anda untuk mengetahui status semasa pembayaran pinjaman Anda.

Ini bagi memudahkan Anda merancang kewangan dan yang lebih penting, sentiasa membuat pembayaran balik pinjaman tanpa was-was.

Lebih mudah lagi, dengan kemajuan teknologi semasa, proses semakan baki pinjaman Bank Rakyat boleh dilakukan secara online. Tidak perlu lagi membuang masa Anda beratur panjang di mana-mana cawangan Bank Rakyat.

Selain Anda boleh menyemak baki akaun Bank Rakyat secara online, kami juga akan berkongsi cara semak baki pinjaman Bank Rakyat dengan mudah dan ringkas menggunakan beberapa kaedah yang boleh Anda ikuti.

Cara semak baki pinjaman bank Rakyat

Pinjaman Bank Rakyat

Seperti yang kita sedia maklum, Bank Rakyat menawarkan pinjaman kepada sektor awam dan swasta. Di antara pinjaman yang ditawarkan adalah seperti berikut:

  • Skim Pembiayaan Peribadi-i.
  • Skim Pembiayaan Kenderaan-i.
  • Skim Pembiayaan Perumahan-i.
  • Skim Pajak Gadai-i.
  • Skim Pembiayaan Pendidikan-i.
Laman Web Rasmi Bank Rakyat
Laman Web Rasmi Bank Rakyat

Cara Semak Baki Pinjaman Bank Rakyat

Terdapat empat cara untuk semak baki pinjaman Bank Rakyat Anda, iaitu secara online di iRakyat, melalui talian Tele-Rakyat, melalui e-mel dan cawangan Bank Rakyat.

A. Cara Semak Baki Pinjaman Bank Rakyat Melalui iRakyat (irakyat.com.my)

iRakyat ialah portal kemudahan perbankan internet rasmi daripada Bank Rakyat.

Buat masa ini, tidak ramai pelanggan Bank Rakyat mengetahui melalui laman web iRakyat, mereka boleh menyemak terus status baki pinjaman Bank Rakyat.

Jika Anda belum mendaftar akaun iRakyat, sila klik panduan cara daftar akaun Bank Rakyat Online untuk mendaftar akaun di laman web iRakyat.

Laman Web Rasmi Bank Rakyat (Login iRakyat)
Laman Web Rasmi Bank Rakyat (Login iRakyat)

Berikut adalah langkah-langkah untuk menyemak baki pinjaman Bank Rakyat melalui perbankan internet bagi Anda yang telah berdaftar di laman web rasmi iRakyat:

  1. Pertama sekali, sila Anda layari laman web https://www.irakyat.com.my/
  2. Kemudian, klik Login.
  3. Lalu, klik Personal Banking.
  4. Setelah itu, sila masukkan Username Anda.
  5. Kemudian, klik Login.
  6. Seterusnya, sila sahkan Secure Phrase bagi memastikan cara semakan baki pinjaman Anda dapat diteruskan dengan mudah.
  7. Kemudian, klik Yes.
  8. Setelah itu, masukkan Password Anda.
  9. Kemudian, klik Login bagi memulakan proses semak baki pinjaman akaun Anda.
  10. Lalu, klik Accounts Info.
  11. Setelah itu, klik Account Overview.
  12. Seterusnya, semua maklumat tentang akaun misalnya tentang pinjaman dan pembiayaan peribadi Anda akan terpapar (Financing Account-i).
  13. Tahniah! Cara semak baki pinjaman Bank Rakyat melalui iRakyat telah selesai.

Baca juga : Pinjaman Peribadi Bank Rakyat.

B. Cara Semak Baki Pinjaman Bank Rakyat Melalui Talian Tele-Rakyat

Cara semak baki pinjaman Bank Rakyat juga boleh melalui Talian Tele-Rakyat.

  1. Anda boleh menghubungi Tele-Rakyat di 1-300-80-5454.
  2. Talian Tele-Rakyat dibuka 24 jam.
  3. Setelah itu, Bank Rakyat akan bertanya beberapa soalan untuk tujuan pengesahan diri.
  4. Anda boleh menjelaskan kepada pegawai bank bahawa Anda ingin menyemak baki pinjaman Anda di Bank Rakyat.
  5. Selesai.

Baca juga : Pinjaman Peribadi Bank Rakyat untuk Blacklist.

C. Cara Semak Baki Pinjaman Bank Rakyat Melalui E-mel

Cara semak baki pinjaman Bank Rakyat seterusnya boleh juga melalui email.

Anda perlu menulis dan menyediakan e-mel untuk meminta baki pinjaman Bank Rakyat dan menghantarnya ke [email protected]

D. Cara Semak Baki Pinjaman Bank Rakyat di Cawangan Bank Rakyat

Cara menyemak baki pinjaman Bank Rakyat di cawangan Bank Rakyat adalah sangat mudah.

  1. Sila kunjungi cawangan Bank Rakyat yang berhampiran.
  2. Semasa membawa MyKad Anda.
  3. Kemudian, Anda boleh bertanya kepada pegawai bank Rakyat tentang keperluan Anda untuk melawat bank.
  4. Anda boleh menjelaskan bahawa Anda ingin menyemak baki pinjaman di bank.
  5. Selesai.

Baca juga : Pinjaman Mikro Bank Rakyat.

Itulah sedikit maklumat tentang cara semak baki pinjaman Bank Rakyat yang boleh kami kongsikan.