bpr.hasil.gov.my

Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) telah diperkenalkan sebagai usaha kerajaan untuk membantu meringankan beban kewangan rakyat Malaysia di tengah-tengah pandemik Covid-19. Untuk memudahkan proses permohonan BPR, kerajaan telah melancarkan portal bpr.hasil.gov.my. Portal ini membolehkan rakyat Malaysia membuat permohonan BPR secara online dengan lebih mudah dan pantas.

Artikel ini akan membincangkan lebih lanjut mengenai portal bpr.hasil.gov.my dan bagaimana cara menggunakannya untuk membuat permohonan BPR.

bpr.hasil.gov.my

Portal bpr.hasil.gov.my

Portal bpr.hasil.gov.my merupakan sebuah platform yang disediakan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) bagi memudahkan rakyat Malaysia membuat permohonan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) secara online. Portal ini membolehkan pemohon membuat permohonan BPR dengan mudah dan cepat tanpa perlu mengunjungi pejabat LHDN.

Selain itu, portal ini juga menyediakan maklumat berkaitan BPR termasuk kriteria kelayakan, jumlah bantuan yang diberikan dan tarikh pembayaran. Portal bpr.hasil.gov.my merupakan satu lagi usaha kerajaan dalam memudahkan proses permohonan bantuan kewangan dan membantu meringankan beban kewangan rakyat Malaysia.

Baca juga: Semakan Kelulusan BPR.

A. Kelebihan dan Kekurangan dari Portal bpr.hasil.gov.my

Kelebihan utama portal bpr.hasil.gov.my adalah kemudahannya dalam membuat permohonan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR). Pengguna hanya perlu mengisi borang permohonan secara online dan menghantar dokumen yang diperlukan melalui portal tersebut. Ini menjimatkan masa dan usaha bagi pemohon dan memudahkan proses permohonan secara keseluruhan.

Selain itu, portal bpr.hasil.gov.my juga menyediakan maklumat yang lengkap berkaitan BPR seperti kriteria kelayakan, jumlah bantuan yang diberikan dan tarikh pembayaran. Ini membantu pengguna memahami lebih lanjut mengenai BPR dan memudahkan proses membuat keputusan untuk memohon atau tidak.

Namun, kekurangan portal bpr.hasil.gov.my adalah kemungkinan terdapat masalah teknikal semasa membuat permohonan. Jika portal mengalami gangguan atau lambat semasa pemohonan, ia mungkin menyebabkan masalah dan mengganggu proses permohonan. Selain itu, pengguna mungkin memerlukan bantuan atau sokongan teknikal jika mengalami masalah semasa menggunakan portal tersebut.

B. Tujuan Pelancaran Perkhidmatan Portal bpr.hasil.gov.my

Tujuan diluncurkannya layanan Portal bpr.hasil.gov.my adalah untuk memudahkan rakyat Malaysia membuat permohonan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) secara online. Selain itu, portal ini juga bertujuan untuk menyediakan maklumat yang lengkap dan terkini mengenai BPR agar pengguna dapat memahami kelayakan dan proses permohonan dengan lebih baik.

Dengan diluncurkannya portal ini, diharapkan dapat mengurangkan kerumitan dalam proses permohonan BPR, mempercepat proses permohonan dan pembayaran, serta membantu kerajaan untuk mengurangkan kesan ekonomi yang ditimbulkan akibat pandemik COVID-19.

Baca juga: Rayuan BPR Fasa 3.

bpr.hasil.gov.my (Login, Kemaskini & Semak Status Rayuan)

Banyak perkara yang boleh Anda lakukan di portal bpr.hasil.gov.my antaranya boleh daftar BPR di bpr.hasil.gov.my, login BPR, mohon BPR, kemaskini, rayuan BPR, semakan BPR (permohonan lulus/gagal) dan semakan bayaran BPR.

1. Daftar Di bpr.hasil.gov .my

Berikut ialah panduan langkah demi langkah mudah untuk mendaftar untuk BPR:

  1. Sila layari portal rasmi Bantuan Prihatin Rakyat di bpr.hasil.gov.my.
  2. Lalu isikan No MyKad.
  3. Kemudian, tekan butang Semak.
  4. Setelah itu, akan keluar ralat ini “ID pengenalan anda belum didaftarkan. Sila ke halaman Daftar Akaun untuk mendaftar”.
  5. Sila klik Daftar Akaun.
  6. Setelah itu, Anda akan dipaparkan dengan beberapa Soalan Keselamatan untuk memastikan Anda adalah pemilik akaun yang sah.
  7. Sila Anda jawab semua soalan yang diberikan.
  8. Antara Soalan Keselamatan tersebut ialah:
    • Soalan pertama: Apakah poskod yang telah didaftarkan?
    • Soalan kedua: Apakah nombor pengenalan pasangan anda yang telah didaftarkan?
  9. Jika soalan tidak berkaitan dengan permohonan, sila Anda masukkan Tiada.
  10. Selepas menjawab dua (2) Soalan Keselamatan ini, Anda boleh teruskan proses dan cara daftar BPR.
  11. Pada bahagian Pendaftaran BPR, sila Anda semak dan masukkan maklumat berikut:
    Nama
    No Pengenalan
    Kata Kunci Keselamatan
  12. Untuk Kata Kunci Keselamatan, sila masukkan apa-apa sahaja kata kunci yang mudah untuk Anda kenal atau identify apabila masuk login BPR nanti.
  13. Seterusnya, Anda perlu menjawab lima (5) soalan lagi yang akan diberikan.
  14. Antara soalan tersebut ialah:
    Apakah tahun kelahiran ayah Anda?
    Apakah tahun kelahiran ibu Anda?
    Apakah warna kegemaran Anda?
    Apakah haiwan kegemaran Anda?
    Apakah lagu kegemaran Anda?
    Apakah buku kegemaran Anda?
    Apakah nama panggilan Anda ketika kecil?
    Apakah sukan kegemaran Anda?
    Apakah buah kegemaran Anda?
  15. Soalan dan jawapan ini penting apabila Anda mahu Reset Password jika terlupa.
  16. Setelah itu, sila Screenshot dan simpan untuk rujukan akan datang.
  17. Kemudian, tekan butang Teruskan.
  18. Sekarang, sila Anda masukkan Kata Laluan.
  19. Untuk kekuatan Password yang tinggi, masukkan gabungan huruf kecil, huruf besar, nombor dan simbol; sehingga indikator di bawah itu bertukar menjadi hijau.
  20. Seterusnya, Anda tekan butang Daftar.
  21. Setelah itu, akan keluar makluman “Akaun telah berjaya didaftarkan. Sila ke halaman Log Masuk untuk ke menu BPR”.
  22. Tahniah! Pendaftaran BPR selesai.
  23. Selesai.

Baca juga: BPR Fasa 2 Bila Masuk.

2. Login bpr.hasil.gov .my

Selepas Anda berjaya mendaftar, sila log masuk sahaja. Sila ikuti panduan mudah untuk log masuk BPR seperti di bawah:

  1. Pertama, Anda boleh terus guna pautan ini untuk Log Masuk Bantuan Rakyat di https://bpr.hasil.gov.my/Account/Login.
  2. Lalu isikan No MyKad.
  3. Kemudian, tekan butang Semak.
  4. Jika tidak ada apa-apa masalah dalam proses login, maka Anda akan boleh terus Log Masuk ke dalam sistem.
  5. Selesai.

Selepas Anda berjaya log masuk ke BPR Anda boleh melakukan beberapa perkara, termasuk yang berikut:

  • Buat permohonan BPR.
  • Kemaskini BPR.
  • Rayuan BPR.
  • Semakan BPR, samada untuk status kelulusan dan status pembayaran.

3. Cara Mohon BPR Melalui bpr.hasil.gov.my

Sila ikuti langkah mudah di bawah untuk membuat proses permohonan BPR baharu:

  1. Untuk direct link Permohonan Baru, Anda boleh terus klik https://bpr.hasil.gov.my/PermohonanBPR.aspx.
  2. Permohonan BPR ini terbahagi kepada 3 bahagian yang boleh dilihat di bahagian atas laman iaitu:
    Permohonan
    Pengesahan
    Hantar
  3. Pertama, kita mulakan dengan bahagian Permohonan terlebih dahulu.
  4. Untuk bahagian yang pertama iaitu Permohonan, sila lengkapkan Maklumat Pemohon seperti berikut:
    No MyKad (tekan butang Semak untuk sahkan Nombor Kad Pengenalan)
    Nama
    Umur
    Jantina
    No Telefon Rumah
    No Telefon Bimbit
    Pekerjaan
    Pendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah (Pemohon dan Pasangan)
    Status Perkahwinan
    Alamat
    Poskod
    Negeri
    Bandar
    Nama Bank
    No Akaun Bank
    Alamat Emel
  5. Masih lagi di bahagian Permohonan, kini Anda dikehendaki muat naik atau upload Dokumen Sokongan seperti:
    Sijil Kahwin
    Sijil Cerai
    Sijil Kematian Pasangan
    Pengesahan Pasangan
    Pengesahan Bank
  6. Seterusnya, sila tekan butang Muat Naik.
  7. Untuk Maklumat Wakil, sila pilih salah satu:
    Ada Wakil
    Tiada Wakil
  8. Seterusnya, kita mulakan dengan bahagian Pengesahan terlebih dahulu.
  9. Sila tekan butang Teruskan.
  10. Sekarang, Anda berada di bahagian Pengesahan.
  11. Akan ada mesej “Untuk teruskan proses permohonan, sila isi Captcha dan tandakan pengakuan untuk paparkan bahagian Simpan/Hantar”.
  12. Sila masukkan Captcha seperti yang tertera.
  13. Kemudian, klik Sahkan Captcha.
  14. Pada bahagian Akuan Pengesahan, sila Tick ruangan tersebut.
  15. Ini bermaksud Anda bersetuju dengan syarat-syarat permohonan yang telah ditetapkan.
  16. Kemudian, klik butang Hantar jika Anda bersetuju dengan syarat-syarat permohonan yang telah ditetapkan.
  17. Tahniah! Permohonan BPR 2021 sudah selesai.
  18. Selesai.

Bagaimanakah Anda Mengetahui Sama Ada Permohonan BPR Anda Diterima?

Jika Anda telah berjaya log masuk BPR, teruskan panduan di bawah untuk melihat status semakan sama ada permohonan BPR telah dihantar dan diterima:

  1. Setelah Anda berjaya Log Masuk Bantuan Prihatin Rakyat 2021, maka Anda akan dapat lihat paparan “Selamat Datang, Nama Anda”.
  2. Contohnya, “Selamat Datang, Achmad Bin Machmud”.
  3. Anda juga akan lihat butang-butang berikut:
    Profil
    Semakan Status
    Kemaskini Permohonan
    Cetakan
    Peti Mel
    Maklum Balas
  4. Lalu tekan butang Peti Mel.
  5. Kemudian, tekan perkataan Surat di bahagian atas.
  6. Kini Anda akan dapat lihat Senarai Surat.
  7. Setelah itu, Anda akan dapat lihat Subjek Permohonan BPR 2021.
  8. Sila tekan Permohonan BPR 2021.
  9. Dan akan keluar contoh paparan seperti ini.
    Dengan ini permohonan anda telah berjaya dihantar. Sila rujuk BPR untuk semakan permohonan: Nombor MyKad Pemohon: 780202-01-2222
    Nama Pemohon: Achmad Bin Machmud
    Tarikh & Masa: 25/01/2021 15:30 PM”.
  10. Tahniah! Semakan permohonan dihantar/diterima oleh LHDN sudah selesai.
  11. Selesai.

Baca juga: Semakan Permohonan BPR.

4. Kemaskini BPR Melalui bpr.hasil.gov.my

Sila Anda ikuti langkah mudah di bawah untuk melengkapkan proses kemaskini BPR:

  1. Layari laman utama portal rasmi untuk login BPR di https://bpr.hasil.gov.my.
  2. Lalu tekan pautan Log Masuk pada bahagian Menu atas sebelah kanan.
  3. Kemudian, masukkan No MyKad iaitu Nombor Kad Pengenalan Anda.
  4. Lalu tekan butang Semak.
  5. Setelah itu, akan keluar soalan “Adakah ini kata kunci keselamatan Anda?”.
  6. Jika yang terpapar ialah kata kunci Anda, sila tekan Ya.
  7. Kemudian, masukkan Kata Laluan Anda.
  8. Lalu tekan butang Log Masuk.
  9. Jika tidak ada apa-apa masalah, maka Anda akan dapat Log Masuk ke dalam sistem.
  10. Setelah itu, akan terpapar beberapa butang yang anda dapat lihat:
    Profil
    Semakan Status
    Kemaskini Permohonan
    Cetakan
    Peti Mel
    Maklum Balas
  11. Untuk update, sila Anda tekan Kemaskini Permohonan.
  12. Sila Anda kemaskini sekiranya ada maklumat diri Anda yang sudah berubah dari sebelum ini.
  13. Maklumat yang paling selalu berubah ialah:
    Nombor Akaun Bank
    Status Perkahwinan
    Nombor Telefon
    Maklumat Anak
  14. Selesai.

5. Rayuan BPR

Perkhidmatan rayuan BPR ini hanya untuk pemohon yang pada mulanya ditolak kerana tidak memenuhi kriteria. Rayuan Bantuan Prihatin Rakyat ini juga ditujukan kepada setiap individu yang mendapat status Gagal selepas membuat semakan BPR.

Untuk langkah mudah, sila lihat seperti di bawah:

  1. Layari laman web rasmi BPR di bpr.hasil.gov.my.
  2. Kemudian, klik pautan Log Masuk.
  3. Lalu isikan No MyKad dalam ruangan yang disediakan.
  4. Kemudian, tekan butang Semak.
  5. Sila sahkan Kata Kunci Keselamatan Anda.
  6. Jika ya, Anda klik butang Ya.
  7. Sila jawab semula Soalan Keselamatan yang dipaparkan.
  8. Kemudian, tekan butang Teruskan.
  9. Setelah Anda berjaya masuk ke dalam portal MyBPR, sila klik butang Semakan Status.
  10. Sila Anda pastikan status adan adalah Tidak Lulus.
  11. Kemudian teruskan dengan tekan butang Permohonan Rayuan.
  12. Sila tunggu status menunjukkan Berjaya.
  13. Setelah itu, klik Papar Rayuan untuk melihat rayuan yang telah dihantar sebentar tadi.
  14. Sila ambil gambar dan simpan untuk rujukan pada masa akan datang.
  15. Selesai.

Baca juga: Cara Check BPR.

6. Semakan BPR (Permohonan Lulus/Gagal)

Ikuti langkah mudah di bawah untuk mengetahui caranya:

  1. Seperti biasa, sila Anda Log Masuk bpr.hasil.gov.my terlebih dahulu. Setelah itu, tekan butang Semakan Status.
  2. Jika Anda berstatus Lulus, maka Anda akan dapat lihat paparan lain bahagian pertama iaitu:
    BPR
    − Ada butang Maklumat BPR. Anda boleh muat turun maklumat tersebut.
    Amaun Keseluruhan BPR Diterima
    − Contohnya RM900.00.
  3. Jika Anda berstatus Lulus, maka Anda akan dapat lihat paparan lain bahagian kedua iaitu:
    Jadual Bayaran
    − Ada butang Maklumat Bayaran BPR. Anda boleh muat turun maklumat tersebut.
    Paparan jika Anda tidak download adalah seperti berikut:
    − Tarikh Kredit.
    − No. Pengenalan Akaun Dikredit.
    − Fasa.
    − Jumlah Dikredit.
    − Status Kredit.
    − Nama Bank.
    − No Akaun.
    − Kod Tidak Berjaya.
    − Nombor Siri.
    − Tarikh Tunai.
  4. Jika Anda berstatus Gagal, maka Anda akan dapat lihat paparan kod Tidak Lulus/Gagal.
  5. Untuk mengetahui samada duit BPR sudah masuk atau belum, sila Anda pastikan Status Kredit dalam Jadual Bayaran adalah Berjaya Kredit.
  6. Jika Status Kredit dalam Jadual Bayaran adalah Gagal Kredit, sila Anda baca cara dapatkan No Baucar BPR untuk tebus di BSN.
  7. Kemudian, tekan butang Kembali untuk kembali ke paparan sebelum ini.
  8. Sila tekan butang Papar Borang untuk memaparkan keseluruhan Semakan Status ini.
  9. Selesai.

7. Semakan Pembayaran BPR

Untuk perkhidmatan semakan pembayaran BPR, ia boleh dilakukan melalui bank masing-masing. Anda perlu menyemak baki dalam akaun bank Anda dan pastikan wang BPR telah sampai.

Baca juga: BPR Online dan MyBPR.

Maklumat Lanjut Berkenaan BPR

Bagi Anda yang ingin mengetahui maklumat lanjut mengenai pendaftaran BPR, permohonan BPR, kemas kini dan banyak lagi, sila hubungi nombor di bawah:

Hotline BPR di Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)

  • 1-800-88-2747

Hotline BPR di Kementerian Kewangan Malaysia

  • 03-8882 4565
  • 03-8882 4566

Hasil Care Line (HCL)

  • 03- 89111000

Kesimpulannya, bpr.hasil.gov.my adalah satu portal yang penting bagi rakyat Malaysia untuk memohon Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) secara online dengan lebih mudah dan pantas. Walaupun portal ini mempunyai beberapa kekurangan, namun kelebihan dan manfaat yang ditawarkan jauh lebih banyak.

Diharapkan portal ini dapat terus dikemaskini dan ditingkatkan bagi memenuhi keperluan rakyat Malaysia yang semakin memerlukan bantuan kewangan ketika menghadapi kesan-kesan COVID-19.